16 Mei 2008

kasihnya ibu membawa ke syurga...

Demi bonda-bonda di luar sana,maka pada kali ini hamba hadiahkan lirik ini utk bonda-bonda semua...pada sahabat2 hamba semua..renungkan dan fikirkanlah...

Semua wanita boleh menjadi ibu. Namun apa yang membuatkan seseorang ibu itu layak digelar ibu mithali? Bait yang paling hamba suka dalam lagu ini ialah "Kau disayangi kerana menyayangi". Mengapa? Kerana kadang-kadang kita sendiri didedahkan dengan berita anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya. Namun jika diselidik betul-betul, rupa-rupanya anak itu sebenarnya tidak mendapat didikan yang sempurna dari ibu bapanya.Pernah mendengar satu kisah yang berlaku di zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab?

Pada suatu hari, Saidina Umar telah dilawati oleh seorang bapa bersama anak lelakinya. Bapa tersebut telah meminta Saidina Umar untuk menegur kelakuan derhaka anaknya.

Namun sebelum Saidina Umar sempat berbicara, budak itu telah berkata: "Wahai Amirul Mukminin, sebelum tuan berkata sesuatu, boleh tuan ceritakan apakah kewajipan seorang bapa kepada anaknya? Ini kerana bapa saya sendiri telah memberikan saya nama yang tidak elok dan tidak mengajarkan saya Kitabullah. Bukan itu saja, malahan bapa saya juga telah menikahi seorang perempuan (iaitu ibu budak tersebut) yang tidak diketahui asal-usulnya."

Mendengar kata-kata budak tersebut, Saidina Umar pun berkata kepada si bapa "Wahai si fulan si fulan, sesungguhnya kamu telah derhaka kepada anak kamu sebelum anak kamu menderhaka kepada kamu."

Ibu mithali ibu yang sejati.Kasih sayangmu kasih yang suci.Pengorbananmu disanjung tinggi.Jasamu tetap di sanubari.
Ibu oh ibu fitrahku murni.Kelembutanmu menyentuh hati.Semai kasihmu dalam jiwaku.Kau disayangi kerana menyayangi.
Ibu oh ibu hatimu suci.Tulus ikhlasmu mendidik daku.Sanggup bersusah dan menderita.Demi kebahagiaan sekeluarga.
Ibu oh ibu kau serikandi.Bakti amalmu tidak terperi.Beramal soleh berperibadi.Mentaati Allah juga suami.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kasihnya ibu..membawa ke syurga..terima kasih atas renungan yang bermakna buat kami ni, semoga kita sebagai anak2 dapat lebih menghargai ibu kita..
kepada teman2 yg lain..
pandangla wajah ibu anda dengan kasih sayang..InsyaAllah kepada sesiapa yang memandang wajah ibunya penuh dengan kasih sayang Allah akan memberinya pahala..